balik dari main bola tadi. dapat berita kurang manis. pegawai atase msd jordan atau lebih mudahnya. orang nombor dua msd kat sini meninggal. sama-sama kita sedekah al-fatihah.
rest in peace for ustaz arman. semoga roh tenang di sana. jasa mu dikenang ustaz. ini blog ustaz arman. orangnya tenang dan pandai buat lawak. masih muda lagi. tapi, ajal maut di tangan tuhan.
persoalannya, adakah amalan kita sudah cukup jika esok hari kita? fikirkan bersama wahai sahabat sehaluan.
Friday, December 11, 2009
ustaz arman semoga tenang roh mu
Thursday, December 10, 2009
part one : menu nasi ayam madu memang terbaik
:: part one baby ::
semalam, aku ada post status yang agak menarik kat facebook. status berbunyi begini.
"breakfeast layan sandwish falafil area hospital fahis, amman. lunch pekena zinger kat tabolih, syarie jameah. dinner kat warung din makan nasi ayam. apapun, menu warung din tetap terbaik."
sekali, pagi tadi kakak kesayangan aku terus minta menu nasi ayam madu. kata nak try. hari tu aku balik malaysia aku ada sembang pasal masak-memasak dengan akak aku sorang ni. dia nak try resepi aku. cuma aku tak sempat bagi masa kat airport.
ya, aku memang hanya ada satu sahaja akak kandung yang comel. manakala, empat lagi adalah kakak ipar yang cun-cun. maknanya, semua siblings aku status sudah berkahwin. tinggal aku dan adik aku masih single. maknanya apa? jeng jeng jeng.
okeh, kita sambung. sebenar aku memang nak post kat blog ini segala menu nasi ayam muda. eh, apehal muda pulak ni? nasi ayam madu dah. cuma, esok lah aku tulis. malam ni agak busy. aku kena keluar rumah. ada kerja perlu diselesaikan. bai bai.
:: iklan untuk team phoenix bangkit ::
ada iklan buat geng-geng phoenix bangkit. esok pagi ada match. jangan lupa turun seawal 8 pagi di padang yarmouk. nak renggang-renggang kepala lutut. dah lama kita tak stretching. ingat 8 pagi jordan terpacak di sana. jangan ikut waktu spain, italy mahupun algeria.
pastu, bila turun awal boleh pekena teh tarik sambil bincang strategi sebelum match. so, malam ni enjoy jangan lebih-lebih. prepare sikit physical. untuk mental pula buat lah qiam kat warung din. nanti pukul 3 pagi aku follow dari belakang. imam hilal laksamana angkasa dan pembaca doa sahel. orait.
jangan main-main ni. kita esok main dengan team yang baru balik dari haji. stamina berjalan berpuluh-puluh kilometer di mekah jangan dilupa. nampak, diorang punya goalkeeper dah makin kurus. pergh, berkat buat haji aku kira.
apapun, insyaAllah team kita can go. nanti malam aku akan berbincang dengan pakar strategi si hadi damanhuri. salamat.
further info, boleh lawat di sini.
Tuesday, December 8, 2009
perasaan cukup menggamit teringat akan istanbul
bismillah.
semalam sebelum aku nak tidur aku sempat usha sepam dua koleksi video yang aku pernah grab kat youtube. dah lama aku tak open video ni. aku pantas membuka folder yang agak rare aku open. video lagu-lagu dari turki.
kazim koyuncu nama diberi. dia merupakan songwriter satu ketika dahulu. lagu dia simple. tapi, cukup mempesonakan hati ku. aku memang tak faham lagu dia. aku perlukan archap untuk translate lagu ni rasanya. cap, tolong translate bila ko free.
sambil dengar lagu ni, memori aku terawang-awang dengan tempat-tempat menarik yang aku pernah visit kat istanbul satu ketika dahulu.
keutuhan hagia sofia dan keindahan masjid biru pasti aku rindui. kegemilangan turki ottoman yang tersemat di topkapi palace pasti perlu aku kaji lagi. tidak dilupa sulaiman mosque yang terpacak di lereng bukit.
panorama indah eminonu sambil layan fish sandwish. tarian darwish terpusing-pusing kat area halaman masjid biru ketika malam hari memang menarik. wah, terlalu banyak aku perlukan aku ceritakan.
tapi bukan pada entry kali ini. mungkin di lain masa aku nukilkan hari-hari aku di istanbul. apapun, cukuplah sejarah silam menceritakan betapa hebatnya bandar ini yang lebih dikenali sebagai constantinople suatu ketika dahulu.
ok bai bai. aku nak tido. esok round kat amman. sejam setengah dari bandar irbid. sakit sakit.
Saturday, December 5, 2009
warkah palestin buat tatapan penduduk bumi
salam geng semua.
pagi ini aku bangun tidur tiba-tiba terus open channel youtube airepal. kot-kot short film dah habis upload. sekali aku kecewa cause video still takde lagi. aku terus layan lagu yang mando sing. teringat aku dengan cerita hazim macam mana nak create ini lagu. song dia buat hanya lima minit. mando pula buat lyrics time mandi-manda.
by the way, aku harap by afternoon bitter.love punya video terpacak kat youtube. tak sabar-sabar nak bagi komen.
|| promote buku pasal palestin ||
aku just nak iklan sekali lagi buku yang aku promote sebelum balik malaysia hari tu. buku isu palestin yang ditulis oleh dr zainnurashid zainuddin. siapa nak boleh hello my number. tempah cepat-cepat sementara stock masih ada. free delivery jangan risau. termasuk dalam pakej ini.
kalau hari ini lagi bagus. boleh aku hantar terus. esokkan nak start kelas. takut bila dah start kelas, delivery pun lewat.
|| isu palestin isu satu umat ||
pernah anda berfikir tanah tumpah anda di rampas oleh orang. bayangkan macam aku berasal dari teluk intan. dilahirkan di sana, dibesarkan di sana dan rumah di sana. tetapi, tiba-tiba aku dihalau. aku menjadi orang dagang. patutkah begitu?
isu ini bukan untuk bangsa arab sahaja. sudahkan anda lupa solahuddin al-ayubi pernah membebaskan baitulmaqdis dari tentera salib. aku baru watching film kingdoms of heaven untuk siaran ulangan. solahuddin adalah bangsa kurdis. bukan bangsa arab. dia menjadi kapten untuk memimpin tentera umat islam dalam misi membebaskan tanah palestin.
jadi berdasarkan history, setiap inchi tanah palestin itu adalah tanah umat islam. kita sebagai umat islam berhak untuk claim. tidak kira kita ini bangsa arab, cina, melayu mahupun benggali. kita perlu ambil tahu. ada betul?
|| video hujung minggu ||
walaupun, ini lagu lama pasal palestin. tapi, song ini memang membuatkan aku sayu sebentar mengenangkan nasib rakyat palestin yang hanya beberapa kilometer dari tanah aku pijak sekarang.
sudah berapa kali air mata ini mengalir mengenangkan penderitaan umat islam di palestin.
persoalannya, perasaan anda bagaimana?
Friday, December 4, 2009
bila kaki tak berapa nak sihat
hai kawan-kawan.
selamat pagi. harap korang dah solat subuh. yang uzur tu dok diam-diam. pergi baca kitab feqah. amacam?
|| introduction ||
aku pagi-pagi dah bangun dari tidur. ikutnya memang ada kelapangan nak ke masjid. tapi, apakan daya. semalam masa main futsal kaki aku injured. biasalah nak dekat dua minggu tak main. so, feeling lebih jadi ricardo kaka'. terus bengkak-bengkak after post-match.
balik main bola dipimpin dato' nuek. kalau ada jimbara kan best. boleh naik atas belakang dia. apa guna tuff tapi tak tolong orang. kira hazim spesies manusia yang cukup murni hatinya. tapi, dalam film bitter.love dia jadi jahat. haha. pecah rahsia.
aku ingat resting semalaman dapatlah ankle aku jadi baik. aku balun minyak cap mustika yang aimey jedi bagi dua tiga tong. but, it became worse. ingat ini petang nak pergi piala asean kat mutah. wakil budak irbid malaysia berentap geng-geng thailand, indonesia dan brunei. sadis aku dibuatnya. maybe, aku jadi coach je kot.
|| chapter 1 : wakil bola masa time kat kolej ||
aku ingat lagi masa aku tingkatan lima. aku antara nama dapat wakil sekolah untuk team bola. tapi, dua hari sebelum nak match yang sebenar aku injured. gara-gara aku training hoki. aku ingat nak wakil hoki dgn bola. dua-dua game memang aku minat gila meroyan.
tapi, masa training hoki dengan member-member aku tersungkur macam cempedak jatuh bai. terus menjerit tanpa henti beb. sekali buat-buat x-ray doktor cakap tangan kiri aku retak.
aku peras ngongeng untuk beberapa minit. masa tingkatan empat memang tak dapat wakil. sekolah aku guna sistem seniority. tapi, bila dah jadi senior tangan retak seribu pulak. doc cakap aku kena rehat at least dua minggu. aku terus belai tangan kiri aku ni. ikutkan aku nak je karate tangan member aku. nthen, terus sambung kat tangan aku. haha. kalau boleh.
melepas aku nak lawan bola sama budak-budak high school klang sama dgn sekolah dato' hamzah. member-member aku cakap ini sekolah memang otai. cakap banyak terus shot je.
|| chapter 2 : injured time futsal ||
aku ingat lagi dua tahun lepas aku pernah injured sama macam semalam. masa tu aku baru open kasut adidas yang biasa messi pakai. ringan beb. tak biasa lagi pakai kasut mahal-mahal. sampai tak dapat nak kawal terus ankle aku terkepak.
meraung nak dekat dua minit. kalau tarzan dengar confirm cuak. aku ambil masa nak dekat tiga minggu untuk baik. memang bertongkat kat dalam rumah. kat luar malas nak pakai. tak macho lah hero ala-ala nur kasih pakai tongkat. heh.
|| epilog : bila nikmat ditarik ||
bila kita sakit baru kita hargai nikmat sihat. mampu berjalan dengan baik, mampu ke masjid, mampu ke sana ke mari dan bagainya. jadi bilamana kita mempunyai sihat tubuh badan buatlah amal sebanyaknya.
aku teringat kumpulan nasyid popular hairan. eh, bukan-bukan. raihan. masa solo dia cik nazrey johari ada. dia ada create satu lagu yang memang aku selalu dengar. ingat lima poerkara sebelum lima perkara. memang memberi kesan.
jadi lah manusia beringat. hidup kita bukan lama pun.
doakan aku sihat dan sembuh dengan cepat. dah nak start kelas ni. segan kalau pakai tongkat depan kak H, kak B dan kak A. aku kan hero nur kasih. tak true lah kalau pakai tongkat depan akhawat. diulang sekali lagi hero nur kasih.
salamat jumaat geng.
Thursday, December 3, 2009
selamat landing
bismillah majreha bismillahi mursaha.
alhamdulillah ala salamah. akhirnya gua sudah selamat sampai ke irbid selepas dua minggu gua bercuti di malaysia. nanti gua update aktiviti gua sepanjang kat sana. nantikan entry-entry yang dahsyat. haha
gua bertapa dia gua tempurung area-area kat ipoh untuk menambah kosa kata bagi meng-upgrade tahap bahasa ini blog.
apapun, siapa yang tempah barang kat gua cepat-cepat datang ini malam. lambat gua buang dalam tong. salamat
Tuesday, December 1, 2009
pujangga arab
salam buat member-member sekalian.
cuti-cuti malaysia kali ini memang pendek dan agak terhad. yelah, tak sampai dua minggu ada kat sini. tapi, alhamdulillah aku dapat spend cuti ini dengan sebaiknya.
pergh, dah macam dato'-dato' bai. silap aku tak pakai mercs je. kalau aku bedal mercs bapak aku confirm ada gaya dato' nuek. heh.
cuma hari ni aku nak kongsi satu benda. antara kata-kata yang agung pernah dilafazkan oleh sahabat.
nantikan sambungan kelas bahasa arab aku next week bila sampai di jordan. selamat bersekolah buat member-member mutah, al-bayt, yarmouk, dentist dan pre-clinical.
salam sayang dari malaysia.



